Irshad Manji berkongsi fahaman yang sama seperti Salman Rushdie, penulis novel The Satanic Verse yang diharamkan oleh negara-negara Islam. |
Kenapa PAS diam membisu apabila Irshad Manji, seorang pluralis-lesbo dari Kanada, memperlekeh mufti di Malaysia? Adakah kerana PAS setuju bahawa kritikan Irshad itu ditujukan susulan fatwa oleh mufti-mufti bahawa menyertai perhimpunan yang boleh mencetuskan kerosakan adalah haram di sisi Islam?
Mungkin ahlul PAS terutamanya pemimpin-pemimpin mereka terlupa tentang fakta ini : Irshad Manji sebenarnya ialah syaitan yang sering mengeluarkan fatwa berlandaskan akal logik dan nafsu seks songsangnya!
Penulis buku The Trouble with Islam Today: A Muslim’s Call for Reform in Her Faith itu diketahui sering menghalalkan pelagai perkara yang difikirkannya tidak selari dengan konsep kebebasan hak asasi manusia zaman moden.
Misalnya, Irshad membenarkan perkahwinan campur antara agama (inter-faith marriage) melibatkan orang Islam dan bukan Islam tanpa perlu mematuhi ketetapan syarak.
Alasan Irshad cukup mudah, semua agama menuju The One, atau Tuhan Yang Esa yang sama walaupun berbeza jalan. Konsep ini dipegang oleh semua penganut fahaman pluralisme agama terutamanya di Barat dan rantau Asia Tenggara termasuk pemikir-pemikir di Institut Kajian Dasar (IKD) yang dinaungi oleh Anwar Ibrahim.
Konsep ini bertentangan sama sekali dengan Islam. Menurut Islam, kepelbagaian kepercayaan atau pluraliti agama adalah sesuatu yang lumrah, tetapi fahaman pluralisme yang mempercayai semua agama menuju kebenaran yang sama, adalah menyesatkan akidah Islamiah.
Selain itu, Irshad Manji juga amat menyokong budaya seks songsang dan seks bebas atau LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transeksual) walaupun dilarang oleh syarak. Bagi Irshad yang turut mengamalkan seks sejenis (lesbian) ia adalah fitrah semula jadi manusia dan tidak sepatutnya dihalang.
Fahaman yang berteraskan akal logik begini sebenarnya melanggar fitrah kejadian manusia yang dicipta berpasang-pasangan antara lelaki dan wanita oleh Allah SWT.
Di Malaysia, gerakan LGBT ini turut disokong oleh pelbagai NGO yang bertunjangkan hak asasi manusia seperti Majlis Peguam, Amnesty dan Human Right Watch yang turut ditaja oleh NGOs Barat.
Apa yang menghairankan kita ialah, sehingga kini PAS langsung tidak menyatakan pendirian mereka berhubung kedatangan Irshad Manji ke negara ini walaupun sudah dua hari berlalu. Ia sama sekali berbeza ketika mereka menentang keras kedatangan penyanyi Jason Marz yang didakwa sebagai gay ke Malaysia tidak lama dulu.
1 comment:
Hello...tgk muka dia. Dia ni bukan Islam la..ni keturunan ArmBig. Org mcm ni will do anything utk duit. Luar cantik, dlm sudah lerai kawan...
Post a Comment