Persembahan daripada artis-artis Korea Selatan dalam segmen K-POP semasa HBN 2012 |
Mufti Perak, Shahibul Samahah Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menegur penganjur Hari Belia Negara 2012 (HBN2012) kerana mengundang penyanyi-penyanyi K-POP dari Korea Selatan membuat persembahan ketika sambutan HBN 2012 di Putrajaya minggu lepas.
Menurut beliau, sambutan Hari Belia adalah sesuatu yang positif kerana menyatukan golongan muda dari seluruh negara justeru ia tidak sepatutnya dicemari oleh artis luar negara yang berpakaian dan beraksi seksi.
SB amat bersetuju dengan teguran Mufti Perak ini. Di sebalik kejayaan penganjuran himpunan jutaan belia tersebut, akhirnya ia dipalit kekotoran akibat tindakan segelintir artis luar negara yang kurang cakna dengan adat dan tatasusila rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam.
Ironinya, walaupun tidak semua kumpulan K-POP tampil seksi di pentas, namun ia juga telah menjadi modal besar pihak pembangkang untuk memburukkan kerajaan lebih-lebih lagi ketika PRU-13 semakin hampir. SB juga hairan, bukankah sudah ada garis panduan untuk artis-artis luar negara beraksi di pentas kita? Kenapa panganjur tidak ambil berat tentang perkara ini dari awal?
Seperti kata Mufti Perak itu lagi, jangan kerana terlalu mahukan sokongan dan kedudukan, akhirnya sokongan itu lari begitu saja akibat kesilapan –kesilapan sebegini. Pihak penganjur tidak harus lepas tangan dan membiarkan imej kerajaan terumatanya DS Najib diperlekehkan oleh pembangkang. Mereka harus tampil memohon maaf!
2 comments:
kalau dia ada cakap dalam tv kan bagus!,
sebagaimana ulama yg mengharamkan himpunan bersih...
-wak-
maka jd tanggungjawab kita menyebarkannya
Post a Comment