Agihan RM1.6 bilion hanya sebahagian saja dari keuntungan FELDA? |
Apabila PM mengumumkan durian runtuh bergolek-golek untuk warga FELDA, maka ramailah yang bertepuk sorak penuh gembira dan bersyukur di atas rezeki yang diterima.
Manakan tidak, setiap keluarga bakal menerima cash RM15,000 dalam tiga fasa, masing-masing RM5000 bagi ketua keluarga, isterinya dan anak-anak dari generasi kedua membabitkan peruntukan lebih RM1.6 bilion.
Jika anda masih ingat, tidak lama dulu Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui lidah rasminya, Suara Keadilan pernah mengeluarkan laporan eksklusif kononnya FELDA akan bangkrap kerana pengurusan kewangan yang lemah.
Namun laporan itu berjaya disanggah oleh pihak kerajaan dan pengurusan FELDA sendiri hingga akhirnya ia disahkan sebagai satu bentuk fitnah semata-mata untuk menyerang konglomerat perladangan utama negara itu.
Rentetan itu juga, DS Najib turut mengumumkan rancangan penyenaraian FELDA Global Ventures dalam usaha menarik pelaburan asing yang lebih besar sehingga mampu menabalkan FELDA sebagai syarikat perladangan ketiga terbesar di dunia.
Seharusnya kita berbangga kerana FELDA kini bukan lagi ladang yang mengumpulkan kelompok masyarakat yang tersisih dari arus perdana seperti ketika di awal penubuhannya. FELDA kini sudah jauh berubah dan melalui transformasi yang amat pesat. Anak-anak FELDA juga kini menjadi antara kumpulan mahasiswa paling menonjol di kebanyakan kampus.
Pun begitu, di sebalik pengumuman durian runtuh bergolek-golek itu, ia juga sebenarnya mencetuskan rasa iri hati dalam kalangan masyarakat luar bandar yang tidak terlibat dengan FELDA. Mereka ini juga sebahagian besarnya mengusahakan tanaman getah dan kelapa sawit tetapi dalam skala yang lebih kecil. Punca rezeki mereka sememangnya bergantung penuh pada hasil tanaman ini.
Apa yang menjadi masalah ialah penduduk di luar bandar dan pedalaman sering tersalah anggap kononnya rezeki melimpah ruah yang dinikmati oleh warga FELDA itu diberikan secara langsung oleh kerajaan sedangkan ia melibatkan peruntukan daripada FELDA sepenuhnya.
Tambah merumitkan apabila ada pihak tertentu yang menjadi jarum mencucuk emosi penduduk supaya membenci kerajaan kerana didakwa tidak adil. DS Najib bahkan dilabel sebagai terlalu menjaga warga FELDA kerana mahu raih undi simpati tetapi mengabaikan penduduk luar bandar yang setia kepada kerajaan selama ini.
Justeru jangan terkejut jika PRU 13 kelak undi penduduk luar bandar beralih arah dalam skala yang besar. Tidak mustahil. Pihak pembangkang khabarnya sudah bergerak secara optimum ketika ini di setiap ceruk kampong dan pedalaman! Motivasi mereka semakin meluap-luap untuk jatuhkan DS Najib dan ia akan menjadi lebih mudah jika kempen halus mereka tidak dipatahkan segera.
1 comment:
orang felda kan dah ada pendapatAn mereka sendiri....
kenapa x tolong orang yg betul2 susah yg langsung x der apa..
Post a Comment